1family

Friday, March 19, 2010

Tugasan 5

Extension
Extension fail / dokumen adalah sebuah laman web yang merupakan satu rangkaian untuk menyambung ke laman-laman web yang lain dan format fail yang berbeza sertan bagaimana mereka berkaitan dengan ekstensi file pada Microsoft Windows platform. http://www.ittar.com
http (Hypertext Transfer Protocol) atau Protokol Pemindahan Hiperteks adalah protokol yang mengendalikan pemindahan data atau maklumat dari satu komputer ke komputer yang lain dalam bentuk hiperteks. www (World Wide Web) adalah Jaring Sedunia yang merupakan rangkaian yang bersambung secara global. Laman disambung antara satu sama lain dengan hiperteks yang membolehkan anda bergerak dari satu laman ke laman yang lain dan laman tersebut menggabungkan teks, grafik, bunyi, animasi dan unsur multimedia yang lain. Ittar merupakan hos yang digunakan yang melambangkan organisasi ITTAR. Com menunjukkan sebuah laman commercial . Di bawah menunjukkan beberapa domain yang biasa digunakan :

com – commercial
edu – education
gov – goverment
mil – military
net – network
org – organization


Terdapat juga domain yang digunakan untuk pengenalan negara :

uk – United Kingdom
ca – Kanada
my – Malaysia
Fr – Perancis

Untuk mengenali jenis fail/ dokumen, berikut adalah beberapa contoh "extension" yang sering digunakan:

.jpg .png .bmp .gif = imej (fail gambar)
.exe = fail yang boleh di“run”
.mp3 .wma .wav = fail audio
.avi = fail video

Terdapat beberapa alamat Internet (lokasi) yang boleh membantu anda memperolehi fail yang dicari untuk dipindah terima contoh http://www.download.com atau http://www.hotfiles.com Apabila anda menghantar maklumat melalui Internet , pertama sekali maklumat itu akan dipecahkan kepada paket-paket kecil dan tugas ini dilakukan TCP. Paket-paket ini akan dihantar dari komputer anda ke rangkaian setempat, pembekal khidmat Internet atau perkhidmatan dalam talian. Pelbagai perkakasan memproses paket direkabentuk untuk itu dan menghalakannya ke destinasi yang betul. Lima perkakasan yang penting adalah :


Get-laluan (Getway)
Perkakasan yang berperanan sebagai penterjemah data dari satu jenis rangkaian ke jenis rangkaian yang lain. (LAN membezakan data daripada LAN yang lain). Hab (Hub) - Perkakasan ini menghubungkan rangkaian komputer dan membolehkan rangkaian komputer berkomunikasi antara satu sama lain. Titi (Bridge) - Perkakasan menghubungkan rangkaian kawasan setempat (LAN) dengan LAN yang lain. Pengulang (Repeater) – Perkakasan untuk menguatkan data dari semasa ke semasa supaya isyaratnya tidak terus lemah kerana data biasanya terpaksa menempuh satu jarak perjalanan yang jauh. Penghala (Router) - Perkakasan yang memainkan peranan mengendalikan lalu lintas Internet dan memastikan paket-paket sampai ke destinasi yang betul. ISP (Internet Service Provider) ISP atau Pembekal Perkhidmatan Internet adalah sebuah badan yang mengawal dan menyediakan perkhidmatan Internet . Dalam sesebuah negara mungkin terdapat lebih daripada satu penyedia perkhidmatan Internet contohnya di Amerika Syarikat terdapat 9 syarikat yang mengendalikannya. Di Malaysia terdapat 2 syarikat yang mengendalikan perkhidmatan Internet iaitu JARING (Joint Advanced Research Integrated Networking) yang diusahakan oleh MIMOS (Malaysian Institute of Microelectronics System) dan TMNet yang diusahakan oleh Telekom Malaysia Berhad.

About us
Menyatakan tentang produk, perkhidmatan dan misi halaman.
Peta tapak/Outline
Sebagai rangka kasar untuk menterjemahkan idea dan topik besar bersama-sama dengan subtopik yang terkandung di dalamnya.
Home
Halaman ini merupakan halaman pertama yang akan ditemui pelawat. Halaman ini menerangkan kepada pelawat bagaimana dan apa yang terkandung dalam sesuatu laman web
Product List/Service List
Huraian produk atau perkhidmatan yang disediakan didirikan pada halaman yang menerangkan secara terperinci
Grafik
Penggunaan grafik akan menampakkan keceriaan dan daya tarikan sesuatu laman web. Imej yang menarik, ‘fast-loading’ dan dapat menyalurkan maklumat akan menjadi daya tarikan. Bagi mengoptimakan imej, format 16-colour sering digunakan. Menggunakan ikon dan gambar yang kecil dan relevan adalah pilihan terbaik pada navigation bar. Grafik bagi navigation bar akan muncul di setiap muka surat lebih cepat dengan adanya cache.
Frequenty Asked Question
(FAQ)
Ruangan FAQ ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan yang sama dari pembaca-pembaca yang berlainan. Ia boleh menjimatkan masa web manager menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali, dan sekaligus menyenangkan pembaca lain dengan menyediakan jawapan bagi soalan yang bakal ditujukan. Kebanyakan laman web yang mengandungi ruangan FAQ ini, biasanya akan menyenaraikan soalan-soalan popular di bahagian atas muka surat dengan membuat sambungan kepada jawapan-jawapannya. Pembaca hanya perlu klik pada soalan dan mereka akan disambungkan kepada jawapan berkenaan
Mekanisma pencari
Ia bertujuan bagi memudahkan membuat carian dengan hanya perlu memasukkan perkataan yang dicari untuk mendapatkan senarai mukasurat di dalam tapak web yang mengandungi perkataan tersebut. Peralatan pencari senang untuk diselanggarakan sebaik sahaja ia – ke dalam server web. Ia secara automatik akan mengemaskini segala data pencari
Contact us
Menyatakan medium perhubungan seperti alamat email, nombor telefon, faks dan alamat lokasi perniagaan serta peta lokasi syarikat
Navigation bar
Navigation bar biasanya diletakkan di atas setiap muka surat atau sebelah tepi laman web dengan kedudukan konsisten antara satu muka dengan muka yang lain. Navigation bar yang digunakan tidak terhad kepada teks sahaja. Biasanya terdapat juga butang ‘back’ dan ‘forward’ ataupun ‘previous’ dan ‘next’ bagi memudahkan pembaca
Mukasurat berita
Berfungsi untuk memberitahu pembaca tentang informasi terbaru yang dimasukkan ke dalam laman web. Ia biasanya disertakan tarikh akhir mengemaskini laman web bagi memberi makluman kepada pembaca sama ada berita terkini yang dimuatkan merupakan berita yang benar-benar terbaru ataupun sudah lapuk.
Buku pelawat
Bagi mengetahui berapa ramai pengunjung yang melawat laman web tersebut. Ini juga menjadi penanda aras sejauh mana maklumat yang kita muatkan dalam laman web tersebut diminati oleh para pengunjung.
Unit/sambungan
Koleksi sambungan dengan tapak salah satu komponen utama tapak web ialah koleksi sambungan dengan lain-lain tapak web yang berkenaan. Sambungan dan ringkasan apa yang terkandung di dalam sambungan tapak web tersebut akan menyenangkan pembaca memilih laman web yang mempunyai topik yang dikendaki.


No comments:

Post a Comment